Friday, 13 May 2016
Kelmarin aku tertengok gambar-gambar cikgu-cikgu SainsKu dalam SainsKu facebook page. Ya Allah.. aku sangat merindui cikgu-cikgu aku...sedih rasanya bila tengok gambar-gambar mereka. Aku start belajar kat SainsKu sejak tahun 2011. SainsKu is Sekolah Menengah Sains Kuching. Tahun 2011 aku baru masuk tingkatan satu. Terlalu banyak perkara,pengalaman and dugaan yang aku alami selama menetap di Sainsku selama 5 tahun. Menjadi student SainsKu sangat berbeza berbanding menjadi student di sekolah lain. Tekanan yang berbeza,suasana pembelajaran,aktiviti,cara berdikari semuanya berbeza. Mejalani kehidupan sebagai pelajar SainsKu sangat memberi tekanan fizikal dan mental. Stress guys! haha! Tapi...tanpa aku sedari,terlalu banyak perkara yang aku belajar dari SainsKu. Cara guru-guru SainsKu memenuhkan masa kami sehingga kami sibuk dan tidak ada masa untuk buat prkara-perkara yang tidak berfaedah. Selalunya,aktiviti-aktiviti kami yang tidak pernah habis seperti asrama terbuka,dinner and pelbagai majlis akan diadakan tidak jauh dari tarikh peperiksaan kami. So? U guys rasa? Apa yang kami sebagai student ni patut buat? Pandai-pandai kamilah untuk cari masa untuk ulangkaji sendiri. Setiap hari,di mana pelajar-pelajar di sekolah-sekolah lain mempunyai banyak masa untuk membuat kerja rumah dan mengulangkaji sendiri,kami,pelajar-pelajar SainsKu tidak mempunyai banyak masa seperti itu. Lebih-lebih lag untuk pelajar-pelajar senior form.(form 4 and form5). Bagi junir form tu,mereka memang ada banyak masa kalau tidak ada aktiviti. Ok. Di SainsKu,pelajar senior form sangat sibuk. Kelas pagi akan brmula pada pukul 6.30 pagi dan berakhir pada pukul 4.30/5.00/5.30/6.00 petang. Pada sebelah malam nya pula,para pelajar akan berebut-rebut mengejar masa ntuk menghabskan kerja rumah mereka pada pukul 7.30-10.00 malam. Homework senior form amatlah bnyk. Masa yang ada tu memang tak cukup. Dengan penatnya lagi. Mental penat study, Fizikal pulak penat berjalan ke hulur ke hilir mengejar kelas dari pagi hingga ke petang. Aku tulis ni bukannya nak menakutkan bakal-bakal student Sainsku ye Tapi hanya sekadar brkongsi pengalaman sebagai student kat situ. It was really a wonderful experience actually. Trust me. Bila dah habs sekolah macam aku ni,aku sangat merindui itu semua. Guru-guru SainsKu dah macam mak bapak kami kat sklh. Seriously. Dia org semuanya sangat supporting. And cikgu-cikgu SainsKu sangat friedly so kami semua tak ada rasa kekok nak rapat and nak brmanja-manja dengan ckgu-ckgu. Seriously,rinduuuuunyaaaa dengan ckgu-ckgu....huhuhu... Ckgu-ckgu SainsKu sangat prihatin dgn akademik kami. Dia orang tak kesah gunakan duit diaorang untuk print and fotostet semua nota-nota untuk kami. We dont need to pay even a single cent. And diaorng pun tak kesah untuk spent masa diaorang siang,petang,mlm and even hjg minggu untuk mengajar kami semua. Kelas-kelas tuisyen kami semuanya free of charge. Tak perlu bayar untuk setiap subjek macam tuisyen kat luar. Best and beruntung kan? So...aku nak cakap kepada semua student yang mnjadi or bakal mnjadi student SainsKu,sesungguhnya anda semua sangat lah beruntung. Tinggal nak usaha sungguh-sungguh je lagi. Anda pasti akan brjaya. Satu lagi,SainsKu amat mementingkan akhlak para pelajar di stu. So,sebagai pljr kat situ,akhlak korang memang akn trjaga. In sya Allah... Last but not least,bagi aku,kita tak akan jumpa guru-guru lain macam guru-guru di SainsKu. I love them very much. Aku prnh menangis few times wktu mingu SPM sbb aku tahu takkan ada lagi guru-guru macam guru-guru SainsKu yg akn jadi ckgu aku lagi. Sebak...huhuhu ;(
Thursday, 12 May 2016
Aku ni sebenarnya tengah cuti spm. Aku ambil spm tahun 2015. And alhamdulillah result aku bagus. Aku dapat 6A3B. Aku rasa itu setanding dengan usaha aku kot. Hmm..tapi sebenarnya i really want to get straight As. Aku sangat berimpian untuk sambung belajar ke luar negara. Tapi tak apelah...mungkin belum rezeki aku lagi untuk menjelajah ke negara orang. Actually,banyak sangat negara yang aku teringin sangat nak pergi. Let me list a few of them. Aku nak pergi ke semua negara2 eropah mcm london,turki,paris,cordoba,jerman,istanbul,itali. Not only that,aku nak jugak pergi ke indonesia,vietnam,china,thailand,philipin,korea. Hmmm entah bilalah aku dpt prgi kan? Its okay, rezeki Allah ada di mana-mana. Perjalanan hidup aku masih jauh. Mana tahu boleh sambung degree ke oversea. Manalah tahu kan? Amiin... Well now i am still waiting for the upu result. Today is 12th May. The result will come out on 16th May. Aku harap aku dapat ambil asasi engineering. Kalau aku dpt asasi, dpt jimat 2 thn kan? Bolehlah aku cepat-cepat ambil degree. My mum is really want to see me become successful and get a good job. She said she want to stay with me. Aku pun tak sabar sngt nak hbskn bljr and bekerja. So i can use my own money and not asking from anybody.
Kehidupan ni banyak dugaannya kan? Hmm...aku tahu semua org ada masalah sendiri and dugaan sendiri yang perlu dihadapi. Ada org memerlukan org lain untuk mendengarkan luahan masalah mereka tapi ada juga yang tak. Macam aku. Aku hanya perlukan sosial media untuk aku luahkan semua yang terpendam di hati. Kenapa? Korang rasa method tu tak menjadi ke? Well lain org lain caranya. Itu bagi aku laa... Sebab kalau kita luahkan kat orang lain,belum tentu org faham. Sbb org tak tahu apa yang kita rasa. Orang tak rasa apa yg kita rasa. Org tak berada di tmpt kita. And maybe jugak sbb diaorg prlu fikirkan masalah diaorg jugak kan? About sosial media tadi,walaupun sosial media tak dpt nak bagi feedback mcm feedback yg kita dpt bila kita cakap face to face dgn manusia,tapi at least aku rasa lega sbb kdg-kdg aku tak nak org rasa terbeban dgn masalah aku. Sbb ada certain org ni akn rasa brsalah bila diaorg tak dpt nak tlg or bg feedback mcm apa yg kita expect. Betulkan? Siapa yg ada kwn mcm tu akn fhm apa yg aku maksudkan. Or siapa yg mcm tu akan lagi faham.
Subscribe to:
Posts (Atom)